Polis buru penghantar makanan, curi wang tabung masjid RM3,000 di Subang Jaya
Kuala Lumpur,Sept 10 – Polis sedang mengesan seorang penghantar makanan, disyaki mencuri wang derma RM3,000 dari dua tabung sebuah masjid di USJ 4, Subanj Jaya kelmarin.
Setiausaha masjid sedar kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam, semalam selepas mendapati dua tabung berkenaan diumpil dan wang derma tabung dilesap.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata hasil siasatan menerusi rakaman CCTV, mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, dan suspek dilihat memakai baju biru, seluar panjang warna coklat dan bertopi keledar warna merah serta menggalas beg ‘ShopeeFood’ warna oren.
“Dia dilIhat menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna merah namun kita tidak dapat pastikan nombor pendaftaran motosikalnya.
“Suspek mengumpil dua buah tabung masjid yang terletak di foyer pintu masuk masjid menggunakan besi sehingga rosak dan mencuri wang dalam tabung itu dianggarkan RM3,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan secara perinci.
[10:47, 10/09/2024] Pavethra Raman: News 2