KSN minta JPA keluar pekeliling keseronokan bekerja, bagi menyumbang keberhasilan kerja

Kuala Lumpur, Sept 11 – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang menyediakan panduan pelaksanaan suasana kerja yang menyeronokkan dalam sektor awam sebagai rujukan kepada semua kementerian dan jabatan.
Beliau amat menekankan keseronokan dalam bekerja, kerana baginya suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.
Shamsul berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN di Putrajaya semalam.
Mengulas, Shamsul Azri berkata, agar Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan yang diterbitkan JPA ditambah baik, dengan memasukkan elemen perkhidmatan dalam talian dan elemen pematuhan