PDRM:Kereta terbabas masuk kuil, bukan pemandu mabuk, alami hipoglisemia di Ipoh
Kuala Lumpur,Sept 13 – Polis nafi insiden seorang pemandu kereta terbabas hingga termasuk ke sebuah kuil di Tanjung Rambutan, Ipoh memandu dalam keadaan mabuk seperti dakwaan tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris berkata, lelaki berusia 41 tahun itu mengalami gejala hipoglisemia yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Katanya, laporan perubatan mengesahkan lelaki itu merupakan pesakit kencing manis.
“Semasa kejadian, pemandu terbabit dalam perjalanan dari arah Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menghala ke Changkat Kinding dan sebaik melepasi lampu isyarat, tiba-tiba dia tidak sedarkan diri,”katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas memasuki kuil.
Mengulas, beliau menasihati orang ramai supaya tidak komen yang berbaur provokasi atau sentimen sensitif di media sosial tanpa fakta sahih.