Malaysia

PDRM mengesahkan kejadian cubaan culik kanak-kanak perempuan di Bukit Beruntung

Kuala Lumpur,Sept 15 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan di kawasan Bukit Beruntung pada 13 Sept lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklum anaknya berusia sembilan tahun dipercayai cuba dilarikan oleh seorang wanita tidak dikenali semasa menunggu van sekolah di blok rumahnya sekitar Bukit Beruntung.

Hasil siasatan mendapati suspek sorang wanita tempatan cuba melarikan kanak-kanak tersebut, namun gagal apabila kanak-kanak itu berjaya melarikan diri ke kedai berhampiran dan menjerit meminta tolong.

“Saksi awam yang berada di tempat kejadian telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu, namun suspek melarikan diri apabila cuba ditahan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Susulan itu, polis buka kertas siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker