JPB:Bendera merah dinaikkan, tanda amaran ombak besar di Pantai Chenang,Pulau Langkawi

Kuala Lumpur, Sept 19 – Bendera merah telah dinaikkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pantai Chenang sebagai tanda amaran, susulan keadaan ombak besar yang bergelora di situ.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Langkawi yang juga Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah, pengunjung diarah menghentikan aktiviti riadah jika ternampak bendera merah berkenaan.
Pihaknya juga ada membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Langkawi dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi bagi tujuan pemantauan serta koordinasi pengurusan bencana.
Mengulas beliau ujar, bilik gerakan PKOB Langkawi beroperasi di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi untuk 24 jam dan boleh dihubungi menerusi talian untuk sebarang kecemasan.