Malaysia
Trending

Warga emas pesakit mental hilang sejak 26 Sept, Keluarga giat cari di Pontian

Kuala Lumpur,Sept 30 -Seorang wanita warga emas yang keluar dari kediamannya di Taman Rambah, Pontian sejak empat hari lalu, dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berusia 61 tahun itu daripada ahli keluarganya, semalam.

Hasil siasatan awal mendapati wanita itu kali terakihir dilihat keluar dari kediaman pada jam 7 pagi, 26 September lalu.

“Wanita ini dikenali Muniamah Vellay yang merupakan pesakit mental dan masih mendapat rawatan secara berkala setiap 2 bulan di Hospital Permai, Johor Bahru,” katanya.

Mengulas, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat wanita itu diminta melaporkannya kepada pihak polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker