Malaysia

Polis mengesan penunggang motosikal ragut rantai emas di Setia Alam

Kuala Lumpur, Oct 1 – Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang bertindak meragut rantai leher emas seorang lelaki di Setia Alam, Shah Alam, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek dipercayai menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

“Namun apabila mangsa keluar untuk melihat kerosakan suspek bertindak menarik rantai leher mangsa dan terus melarikan diri,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini

Suspek hanya berjaya melarikan separuh rantai leher kerana sempat ditarik semula oleh mangsai.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan perbuatan suspek turut dirakam ‘dashcam’ milik kenderaan mangsa dan tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya semasa berada di jalan raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker