Malaysia

Plaza Tol Banting:WCE mulakan kutipan tol mulai hari ini

Kuala Lumpur, Oct 1 – Mulai hari ini, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan mengutip bayaran tol bagi Jajaran Seksyen 1, yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)

WCE menerusi satu kenyataan memaklumkan, jajaran yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu, sebelum ini beroperasi secara percuma selama satu bulan sejak 31 Ogos lalu.

Kini, pembayaran kadar tol di Seksyen 1 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuh raya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas.

Kutipan tol Seksyen 1 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, Smart Tag dan RFID.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker