Kuala Lumpur, Oct 3 – Baru-baru ini, satu kajian mendedahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di tempat keempat antara Lapangan Terbang Paling ‘Instagrammable’ di Dunia.
Kajian itu dilakukan oleh Miss Tourist yang mengumpul data berdasarkan hashtags dan bilangan posting di media sosial.
Menerusi kajian itu, Lapangan Terbang Changi dan KLIA masing-masing mengumpulkan lebih 580,000 dan 600,000 posting yang memaparkan populariti mereka di aplikasi Instagram.
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles menduduki tempat pertama, diikuti dengan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco dan Lapangan Terbang Heathrow, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Sebelum ini, media melaporkan, KLIA menerima lebih 47 juta pengunjung pada tahun lalu, terkenal dengan kehijauan dalaman serta ‘Jungle Boardwalk’ yang ikonik dibina bersama-sama seni bina moden, menjadi tempat tumpuan pelancong mengambil gambar yang cantik.