Malaysia
Trending

KKM sasar kadar merokok turun ke 15 peratus dan ke bawah, menjelang Disember tahun depan – Dr Dzulkefly

Kuasa Lumpur, Okt 4 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sasar dalam mengurangkan prevalen penggunaan tembakau konvensional kepada 15 peratus dan ke bawah menjelang Disember 2025.

Tindakan ini,susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menterinya,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penguatkuasaan Akta 852 dapat membantu mencapai sasaran itu, berbanding 19 peratus yang direkodkan pada Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) Malaysia tahun lalu.

Sementara itu, ketika disoal berkaitan rokok elektronik termasuk vape, beliau berkata kementeriannya akan menentukan sasaran prevalen produk berkenaan supaya KKM dapat menangani isu itu dengan lebih berkesan.

Beliau berkata demikian, pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852, di Putrajaya hari ini bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker