PDRM:3 lelaki ditahan berpakaian tidak senonoh di program larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Johor

Kuala Lumpur, Oct 6 -Tiga lelaki ditahan polis berpakaian tidak senonoh ketika menyertai program larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar Johor semalam.
Kesemua suspek ditahan di sebuah hotel daerah Kota Tinggi, kira-kira jam 10 malam tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 39 hingga 70 tahun.
Katanya, pihaknya turut merampas pakaian dan aksesori yang dipercayai dipakai semasa larian itu iaitu sepasang sari berwarna merah, skirt berwarna merah, 3 keping kadbod berwarna perak dan sebatang tombak tiruan berwarna perak.
Hasil ujian air kencing pula mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta telah melakukan perkara itu atas kapasiti individu, dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.
Mengulas beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.