Lebih 500 pekerja Tik Tok di Malaysia diberhentikan
Kuala Lumpur, Oct 11 – Lebih 500 pekerja dalam negara diberhentikan oleh pemilik TikTok, ByteDance dengan menghantar emel kepada kakitangan yang terlibat.
Difahamkan, ia berlaku kerana Tik Tok dalam usaha untuk memperkukuhkan model operasi global kandungan.
“Kami membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkuat model operasi global bagi penyelaras kandungan.
“Kami menjangkakan pelaburan sebanyak AS$2 bilion secara global dalam bidang kepercayaan dan keselamatan pada 2024 dan terus mempertingkatkan keberkesanan usaha ini, dengan 80 peratus kandungan melanggar peraturan kini dipadamkan secara automatik,” kata Tik Tok menerusi satu kenyataan.
Sumber turut mengesahkan ini bukan kali pertama ByteDance melakukan pemberhentian kakitangan mereka.