Malaysia

Netizen berang, pihak majlis Terengganu tembak mati anjing liar yang tidak bahaya

Kuala Lumpur, Oct 13 – Netizen berang dengan tindakan pihak berkuasa tempatan di Terengganu didakwa menembak mati seekor anjing liar yang bernama kopi menjadi tular selepas video dia bermain dengan seekor anak kucing terbiar.

Perkongsian menerusi akaun instagram milik My Forever Doggo, mendakwa penduduk melihat seorang wakil majlis perbandaran tempatan di Terengganu didakwa menembak anjing itu, ketika melakukan operasi pada 6 Oktober lalu.

Video itu tular, dan mengundang pelbagai komen yang menyatakan perkara itu tidak patut dilakukan oleh pihak majlis kerana anjing itu tidak membahayakan sesiapa.

Ada juga komen, perkara ini harus diberhentikan kerana nyawa anjing itu penting, dan harus disanjungi bukan dibunuh begitu sahaja, apatah lagi anjing berkhidmat di K9 untuk membantu umat manusia.

Netizen meminta pihak berkuasa mengambil langkah serius dalam menangani perkara seperti ini pada masa datang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker