Malaysia
Trending

Hujan lebat: Bandar Kuala Lumpur terjejas banjir, tanah runtuh, sidang Parlimen dianjakkan

Kuala Lumpur, Oct 15 – Beberapa kawasan di bandar Kuala Lumpur, sesak dengan aliran trafik, kejadian tanah runtuh dan insiden banjir susulan hujan lebat yang berterusan.

Tinjauan Telus di media sosial mendapati, rata-rata netizen mula memperkongsikan keadaan semasa di Ibu Kota, antaranya video yang memaparkan paras air sungai melebihi paras amaran.

Laluan ke parlimen pula, dilihat banjir sehingga menyebabkan sidang Parlimen terpaksa dianjakkan kerana kebanyakan ahli parlimen difaham terperangkap dalam banjir.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Jalan E6, Taman Melawati.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri sehingga jam 1 petang ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker