Malaysia

SPRM:Skandal rasuah MBI ahli perniagaan ditahan semula

Kuala Lumpur, Oct 16 – Ahli perniagaan yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Khamis lalu, ditahan semula hari ini, atas dakwaan skandal rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan tidak mengulas lanjut.

Menurut sumber, individu itu ditahan semula kerana menerima maklumat mungkin terbabit dalam satu lagi kes rasuah.

“Kes kedua juga ada kaitan dengan MBI, tetapi membabitkan projek lain di bawahnya,” katanya.

Difahamkan, ahli perniagaan itu merupakan antara empat individu ditahan SPRM minggu lalu kerana disyaki melakukan rasuah konsesi perlombongan pasir di Selangor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker