Wanita warga emas,85 tahun, temu ajal, terlibat kemalangan basikal elektrik-kereta
Kuala Lumpur, Oct 17 – Seorang warga emas berusia 85 tahun, bertemu ajal selepas basikal elektrik yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Bahau-Kemayan.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian itu berlaku ketika wanita berusia 55 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun dari arah kiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.
“Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta,” katanya menerusi satu kenyataan.
Penunggang basikal elektrik itu meninggal dunia di tempat kejadian, kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.