PGA rampas 84 jenis reptilia diseludup dari Thailand, penyeludup larikan diri

Kuala Lumpur, Oct 18 – Sebanyak 84 haiwan reptilia hidup yang diseludup dari Thailand berjaya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) termasuk pelbagai jenis ular dan cicak bernilai lebih RM300,000 di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor, pagi semalam.
Menerusi Op Taring Wawasan,Batalion 9 PGA telah melihat beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan ditebing Sungai Golok.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata apabila penyeludup berkenaan mengetahui kehadiran pihak berkuasa, mereka terus melarikan diri meninggalkan beberapa kotak.
“Hasil pemeriksaan dalam kotak berkenaan mendapati lebih 70 ekor pelbagai jenis ular, lima ekor cicak jenis Spiny Tailer Monitor dan sembilan kura-kura dipercayai diseludup dari Thailand.
Mengulas beliau berkata, hasil rampasan akan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.