Malaysia

Polis Terengganu buru penunggang motosikal Honda EX5 buat aksi bahaya langgar kereta

Kuala Lumpur, Oct 21 – Polis Terengganu sedang memburu penunggang motosikal Honda EX5 yang melakukan aksi yang merbahaya sambil membonceng seorang wanita di hadapan sebuah stesen minyak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus semalam.

Kejadian jam kira-kira 6.30 petang itu, penunggang dan pembonceng jatuh selepas membuat aksi ‘wheelie’ dan terlanggat bahagian hadapan sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu Perodua Myvi berkenaan.

Katanya,penunggang dan pembonceng motosikal bertindak melarikan diri selepas kejadian itu dan kes akan disiasat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker