Malaysia

Polis Port Dickson menahan lelaki tular rosakkan lampu isyarat

Kuala Lumpur, Oct 21 – Polis Port Dickson menahan seorang lelaki disyaki merosakkan lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata pihaknya menyedari kejadian itu menerusi video tular dalam media sosial yang berlaku kira-kira jam 3.35 petang.

Katanya, suspek berusia 39 tahun itu tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah.

Polis menahan dan merampas senjata, kenderaan serta pakaian digunakan ketika kejadian dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majisteret Port Dickson untuk proses tahanan reman esok.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker