Malaysia
Dewan Rakyat: Timbalan Speaker tegur, ‘Bini telefon ke? Kalau agak mustahak sangat, di luar sana
Kuala Lumpur, Oct 23; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun kerana didakwa menggunakan telefon bimbit ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, hari ini.
Beliau membuat teguran itu selepas didakwa mengganggu persidangan Dewan Rakyat berbual menerusi telefon bimbit dengan nada tinggi ketika Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan membahas.
Selepas teguran itu, sesi perbahasan diteruskan dengan Syed Ibrahim Syed Noh.