
Kuala Lumpur, Oct 24 – Tindakan seorang lelaki India fasih bercakap guna loghat Terengganu menarik perhatian warga netizen yang berasa pelik dan terkejut.
Pengguna TikTok bernama Nagendraj, memperkongsikan video-video harian beliau menggunakan loghat Terengganu dan difahamkan beliau berhijrah ke Terengganu dari Perak pada tahun 1980-an dan dibesarkan di situ sejak kecil lagi.
Pemuda berusia 32 tahun itu mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video memaparkan dirinya bercakap dalam loghat Terengganu yang menerima pujian daripada warga alam maya kerana memecahkan streotaip.
Kini, Nagendraj berkhidmat sebagai seorang guru bahasa Inggeris di Pulau Pinang namun jiwa dan hatinya masih di Terengganu, malah turut menganggap kemahiran bahasanya menonjolkan identiti sebagai orang Terengganu.
Guru lelaki itu, menerusi salah satu videonya turut berkata bahasa adalah pengerat hubungan antara masyarakat, dan berasa bangga dapat bercakap lebih daripada satu bahasa di Malasysia.