Kuala Lumpur, Nov 2 – Roti canai makanan kegemaran rakyat Malaysia menjadi selera hidangan bila-bila masa.
Baru-baru ini, Telus menemui sebuah restoran yang menjual 17 jenis roti canai untuk lebih 4 dekad.
Valentine Roti, terkenal di Jalan Semarak, Kuala Lumpur kerana ‘hidangan istimewa’ mereka iaitu roti Valentine, yang berbentuk empat segi,rangup, dibuat dengan resipi istimewa mereka.
Pada awalnya, restoran itu hanya menjual roti canai, kini ia menjual pelbagai lagi jenis juadah termasuk hidangan tengah hari serta goreng-goreng, kata Manjula Ramasamy, Pengarah Urusan Restoran itu.
Katanya, restoran itu juga pernah mencatat nama antara roti yang popular berada di kedudukan 5 teratas dalam negara.
Kedai ini dimulakan oleh kawan ayah saya dan nama anak dia merupakan Valentine, kata Manjula,”.
Beliau juga berkata, kebanyakkan pelanggan yang datang ke kedainya adalah pelancong yang melihat ‘review’ restoran menerusi Google serta pelanggan yang setia hadir.
Hanya 10 minit daripada KLCC, orang ramai boleh hadir untuk mencuba roti Valentine dan tidak lupa sup kambing mereka.