Malaysia
Malang ditimpa, 2 lelaki warga emas temu ajal langgar pembahagi Tol Sungai Besi

Kuala Lumpur, Nov 5 – Malang ditimpa bagi dua lelaki warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar pembahagi tol di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara Selatan arah Seremban, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda CRV bersama dua lelaki masing-masing berusia 65 tahun.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan oleh anggota dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.