Malaysia

PDRM:Penganjur sambutan hari jadi ditahan, guna mercun bakar bumbung dewan MPTI

Kuala Lumpur, Nov 5 – Polis menahan seorang penganjur majlis sambutan hari jadi kerana terlibat dalam insiden khianat api menggunakan mercun sehingga berlaku kebakaran dewan terbuka, Arena Square Teluk Intan di Jalan Raja, dekat Padang Speedy, pada Ahad lalu.

Kejadian jam 11.38 malam, bumbung dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) musnah dijilat api sebelum kebakaran dipadamkan oleh bomba.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai daripada hasil percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.

“Penganjur menyewa dewan daripada MPTI dan menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga untuk digunakan oleh seramai 500 tetamu.

“Bagaimanapun, semakan mendapati penganjur tidak memiliki lesen sah untuk penggunaan bunga api dan mercun,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, penganjur lelaki berusia 24 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker