AADK:Kata laluan masuk port penagih dadah ‘Aloma Dolma’ di Hulu Langat
Kuala Lumpur,Nov 6 – Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) berjaya mengesan kumpulan yang mengunakkan tanah perkuburan sebagai ‘port’ menghisap dadah, di Hulu Langat, Selangor berikutan keadaan yang sunyi dan jauh dari laluan orang awam.
Menurut sumber, kumpulan itu turut mempunyai, kata laluan khas untuk memasuki ke kawasan itu, iaitu lagu India terkenal ‘Aloma Dolma’ dan seramai 43 individu berjaya ditahan.
Antara yang ditahan, lelaki yang dikenali sebagai ‘penjaga air’, memantau laluan keluar masuk kawasan itu dan mengesan pergerakan mencurigakan.
Pada masa sama, ada kaki penagih yang melepaskan gian di tempat terbuka seperti di parkir berbumbung pangsapuri.
Susulan itu, pihak AADK menerusi Op Cegah Khas menyekat rangkaian bekalan dan permintaan bahan terlarang termasuk memusnahkan sarang penagihan dadah di beberapa kawasan sasaran di Selangor.