Malaysia

Imam temu ajal ketika bersujud di Kepala Batas

Kuala Lumpur,Nov 9 – Seorang imam bertemu ajal dalam keadaan bersujud ketika mengimamkan solat subuh di Surau Permatang Pak Elong,Kepala Batas, semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, melalui laman Facebook beliau.

Katanya, beliau telah dimaklumkan bahawa Yakob Ramli meninggal dunia ketika melakukan sujud sejadah dalam solat subuh, semalam.

Berdasarkan gamnbar yang dikongsikan, beberapa jemaah dilihat cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Yakob dan fifahamkan, Yakob tiba-tiba terdiam dan tidak bergerak.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai berubatan dan dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker