Malaysia

Datuk Asyraf Wajdi lakukan lawatan mengejut ke MRSM Langkawi, susulan aduan ibu bapa

Kuala Lumpur, Nov 11 – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki,membuat lawatan mengejut ke MRSM Langkawi selepas menerima pelbagai aduan daripada ibu bapa mengenai keadaan fasiliti yang tidak memuaskan di situ.

Aduan termasuk tandas rosak, kekurangan pintu, dan sinki yang tidak berfungsi, sehingga menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan pelajar.

Asyraf Wajdi menerusi satu perkongsian di Facebook, memaklumkan, isu penyelenggaraan yang berlarutan ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak pengurusan perlu segera mengambil langkah untuk menyelesaikannya.

Beliau menegaskan bahawa kebajikan pelajar harus diberi keutamaan, memandangkan keselesaan mereka sangat penting bagi prestasi akademik mereka.

Susulan itu, MARA telah meluluskan peruntukan khas bagi menyelesaikan masalah air, seperti penambahan tong menyimpan air dan serta membiayai kos lori air Syarikat Air Darul Aman (Sada).

Beliau berharap dengan inisiatif ini, dapat mempertingkatkan reputasi MRSM Langkawi sebagai institusi pendidikan berkualiti serta memastikan institusi yang memenuhi SOP yang diharapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker