Malaysia
Rompak Kedai Aiskrim: Suspek parang dicekup, seorang lagi diburu, Pandamaran,Klang

Kuala Lumpur, Nov 11 – Dua lelaki bersenjatakan parang melakukan rompakan di sebuah kedai aiskrim di Pandamaran, Klang dengan merampas telefon bimbit seorang pelanggan dan mesin juruwang.
Kejadian yang berlaku pada 23 Oktober itu, berkaya dirakam CCTV dan telah tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menahan salah seorang suspek berusia 46 tahun pada keesokan harinya.
Turut dirampas adalah pakaian dan parang yang digunakan dalam kejadian itu.
Suspek yang ditahan didapati mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan kini dijatuhi hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan.