Malaysia

Pemeriksaan berkala, penambahan CCTV: Langkah UPNM tangani buli – Menteri Pertahanan

Kuala Lumpur, Nov 14 – Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan ke atas kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk mengesan tanda-tanda buli.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ini adalah salah satu daripada lapan langkah yang akan dilaksanakan bagi mencegah kejadian buli di UPNM.

Ini susulan insiden baru-baru ini di mana seorang kadet mengalami kecederaan akibat dibakar dengan seterika panas oleh seniornya, sementara seorang lagi mengalami patah tulang rusuk dan tulang belakang selepas dipukul oleh senior yang lain.

Beliau turut menyatakan bahawa kementerianya merancang untuk memasang lebih banyak CCTV di asrama UPNM.

“Sejak Februari 2023, tujuh kamera CCTV telah dipasang di pelbagai tingkat blok penginapan,” katanya di Dewan Rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker