Malaysia

Kes kecederaan pelancong akibat tandukan rusa di Taman Nara meningkat

Kuala Lumpur, Nov 15 – Taman Nara di Jepun mencatatkan peningkatan insiden kecederaan pelancong akibat tandukan rusa, dengan 35 kes dilaporkan pada September lalu berbanding 5 kes pada tahun lepas.

Kebanyakan kejadian berlaku apabila pelancong cuba menyentuh rusa selepas memberi makan, khususnya pada musim mengawan.

Jurucakap keselamatan taman, Hiroshi Sato, menyatakan bahawa rusa jantan lebih agresif dalam tempoh ini kerana persaingan mengawan.

Beliau menasihatkan pengunjung untuk berhati-hati dan mengelakkan interaksi rapat.

Taman Nara kini dipasang papan tanda amaran serta rondaan untuk keselamatan pelawat turut telah meningkat, ini susulan satu kejadian maut dilaporkan di Kyoto baru-baru ini akibat serangan tandukan rusa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker