Malaysia

KPM Mansuh Orientasi Peperiksaan, Fokus Pembangunan Holistik Murid

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan pendekatan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bagi mengurangkan tekanan murid, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurutnya, KPM kini memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan inquiry, eksplorasi, pengalaman, dan pentaksiran holistik yang merangkumi jasmani, sukan, kokurikulum, dan psikometrik.

“Sistem ini memastikan tiada lagi tekanan kepada peperiksaan semata-mata, sebaliknya mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih menarik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi menjaga kesihatan mental murid, program Saringan Minda Sihat dilaksanakan sekali setahun untuk murid Tahun 5 hingga Tingkatan 6. Murid yang menunjukkan tanda gangguan emosi akan melalui intervensi berfokus menggunakan modul kesihatan mental.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker