Malaysia

Kes Kematian Tiga Kucing di Setapak Disiasat

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung tiga ekor kucing ditemui mati dengan kecederaan di kepala di sebuah kediaman pelajar universiti swasta di Setapak, dipercayai berlaku pada 17 November lalu.

Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail, berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar kepada pengawal keselamatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Insiden itu tular di TikTok menerusi video menunjukkan bangkai kucing dengan kesan kecederaan, mencetuskan kemarahan warganet yang menggesa tindakan tegas terhadap pelaku.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker