Malaysia

MB Kedah terpaksa berpindah dari seri mentaloon akibat banjir

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama keluarga terpaksa berpindah dari kediaman rasmi di Seri Mentaloon, Jalan Anak Bukit, yang dinaiki air sehingga paras lutut.

Video yang dimuat naik oleh pegawai media khasnya, Helmi Khalid, memaparkan Sanusi bersama isteri dan anak-anak mengangkut barang dengan bantuan kakitangan kediaman rasmi itu.

Sanusi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, turut kelihatan meredah air banjir yang menenggelami kawasan kediaman tersebut.

Setakat tengah hari semalam, situasi banjir di Kedah semakin buruk, dengan 7,895 mangsa daripada dipindahkan ke 51 PPS di enam daerah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker