Malaysia

Polis Rayu Bantuan Orang Ramai Cari G Kavishalini

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan G Kavishalini, 20, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan PJS 1/62, Taman Petaling Utama, pada pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar, wanita itu kali terakhir dilihat pada jam 10.30 pagi. Laporan kehilangan dibuat pada jam 2.19 petang hari sama.

Mangsa, yang mempunyai tahi lalat di tengah dahi dan berketinggian 146 cm, kali terakhir dilihat memakai jeans hitam, tetapi baju tidak dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor S Baalanaagan Chanderan di talian 014-8882388/011-31312341 atau hadir ke balai polis terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker