Malaysia
Amaran Hujan Berterusan dan Ribut Petir di Pantai Timur Mulai 8 Disember

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fenomena ‘monsoon surge’ akan berlaku di kawasan timur Semenanjung Malaysia dari 8 hingga 14 Disember, berpotensi membawa hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut.
Menurut kenyataan MetMalaysia, analisis model cuaca juga menunjukkan tumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang esok sehingga awal pagi Rabu. Situasi ini boleh menyebabkan ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh tersebut.