Malaysia

Bayi Baru Lahir Ditemui di Tandas, Remaja 19 Tahun Ditahan

Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah bersama uri di tandas sebuah kompleks beli-belah di Johor Bahru, pada 5 Disember.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata bayi itu ditemui pekerja pembersihan sekitar jam 4.50 petang, sebelum polis menerima laporan pada jam 5.54 petang.

Susulan itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan di Tampoi pada jam 8.40 malam hari yang sama. Polis kini sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan.

Bayi tersebut dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker