Malaysia

110 Ditahan Dalam Operasi Besar-Besaran di Bukit Bintang

Seramai 110 individu, termasuk warga asing, ditahan dalam operasi bersepadu di sembilan premis hiburan dan tujuh hotel sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata operasi empat jam bermula jam 2 pagi itu melibatkan 254 anggota polis, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Operasi bertujuan membanteras kegiatan persundalan di premis hiburan dan memastikan pematuhan peraturan. Polis tidak akan berkompromi terhadap aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Sebanyak 41 individu, termasuk 23 lelaki dan 12 wanita warga asing, ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Seksyen 373B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Jabatan Imigresen turut menahan 36 individu atas kesalahan seperti melanggar syarat pas atau permit, manakala JAWI menahan 33 individu atas kesalahan syariah, termasuk berkelakuan tidak sopan di tempat awam. DBKL mengeluarkan lima kompaun dan menutup tiga premis di bawah Akta Hotel 2003.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker