Malaysia

Polis Siasat Dakwaan Anggota Tunjuk Isyarat Lucah Semasa Protes

Polis Kuala Lumpur menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita semasa protes hak asasi manusia di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan anggota berkenaan telah dikenal pasti dan sedang bertugas di kawasan ibu negara.

“Siasatan telah dimulakan walaupun tiada laporan rasmi diterima,” katanya hari ini.

Sebelum ini, seorang wanita memuat naik hantaran di Instagram mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya beberapa kali ketika dia mengambil gambar semasa protes tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker