Malaysia

Pekebun Kelapa Sawit Rugi RM300,000 Akibat Penipuan Pelaburan

Seorang pekebun kecil kelapa sawit berusia 52 tahun kerugian RM300,000 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke empat akaun bank berbeza dari November hingga awal Disember, dengan harapan mendapat pulangan lumayan seperti dijanjikan suspek.

Namun, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan dan hanya diberikan pelbagai alasan sebelum menyedari dirinya ditipu. Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan, atau denda jika disabitkan kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker