Elaun PLKN 3.0 Kekal RM8 Sehari, Program Bermula Januari
Kementerian Pertahanan memutuskan untuk mengekalkan kadar elaun harian RM8 bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula Januari depan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini tiada keperluan untuk menaikkan elaun tersebut. “Buat masa ini, kita kekalkan RM8. Program ini belum bermula, jadi biar ia dilaksanakan dahulu,” katanya semasa pelancaran Program Kampung Angkat MADANI-MINDEF di Balai Raya Kampung Baru Pasak, semalam.
Sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan mencadangkan elaun harian peserta dinaikkan kepada RM50 sehari.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menyatakan bahawa program percubaan selama 14 hari akan dilaksanakan bermula 12 Januari dengan penyertaan 200 sukarelawan lelaki.