Malaysia

Pemandu Terselamat Selepas Kereta Terjunam ke Sungai Durian

Seorang lelaki berusia 28 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas keretanya terjunam ke dalam Sungai Durian, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Mamat berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.20 petang ketika mangsa memandu dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

“Siasatan awal mendapati pemandu Proton Exora itu hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan terjatuh ke sungai. Mangsa diselamatkan oleh pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk pemeriksaan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker