Malaysia

Polis Buru Lelaki Disyaki Rakam Video Bawah Skirt Wanita

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam video bawah skirt seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan dijalankan selepas laporan dibuat pada 9 Disember lalu kira-kira jam 10.36 pagi.

“Mangsa mendapati seorang lelaki cuba merakam bahagian bawah skirt ketika berada di pasar raya berkenaan. Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu mengangkat pakaian mangsa dan dipercayai merakam video,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana berniat menghina kesopanan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kes turut disiasat di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955, dengan denda sehingga RM100.

Polis giat mengesan suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker