Malaysia

Lima Lelaki Ditahan, Tiga Cedera dalam Pergaduhan di Kuala Lumpur

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 30 tahun selepas pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, awal pagi Ahad yang menyebabkan tiga individu cedera akibat diserang dengan pisau jenis lipat.

Ketua Polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, insiden berlaku sekitar jam 4.03 pagi selepas berlaku salah faham antara beberapa lelaki, sehingga salah seorang bertindak menyerang mangsa.

“Mangsa pertama cedera di lengan kiri, mangsa kedua mengalami luka dari kening hingga bibir, manakala mangsa ketiga cedera di kepala dan menerima 10 jahitan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya, yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun, denda atau sebatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker