Malaysia
Mahkamah Tinggi Bebas Rosmah Mansor Daripada 17 Pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta serta lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim K. Muniandy memutuskan pelepasan dan pembebasan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua pertuduhan, atas alasan dakwaan tersebut cacat dan tidak mengandungi elemen kesalahan yang diperlukan.
Rosmah, 73 tahun, memfailkan permohonan berkenaan pada September 2023, dengan prosiding pendengaran bermula pada 12 Disember setelah dua saksi memberi keterangan.