Malaysia

Polis Johor Siasat Resit Berbaur Penghinaan Melayu dan Islam

Polis Johor sedang mengesan seorang individu disyaki menghina orang Melayu dan Islam melalui resit pesanan bertarikh 19 dan 20 Disember di Kluang, Muar, dan Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata penama pada resit dikenali sebagai “Suwash Muktan” dan tiga kertas siasatan telah dibuka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tiada kompromi terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam,” tegasnya. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker