Malaysia

Anjing Mati Dipanah di Ladang, SAFM Kecam Kekejaman

Seekor anjing dikenali sebagai Kutty mati selepas dipercayai dipanah pekerja ladang kerana memasuki lorong lain di sebuah ladang di Selama, Perak pada 22 Disember lalu.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia, R Kalaivanan, mengecam tindakan kejam itu yang melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Kekejaman ini mencabar nilai kemanusiaan. Saksi diminta tampil membuat laporan polis dan aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk siasatan,” katanya.

Beliau turut menggesa penguatkuasaan tegas di bawah Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang memperuntukkan denda hingga RM100,000, penjara tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Kempen kesedaran sahaja tidak mencukupi. Tindakan lebih tegas perlu bagi menangani kekejaman terhadap haiwan,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker