Malaysia

6 Pegawai PUSPAKOM Digantung Tugas, Disyaki Terlibat Sindiket Rasuah

Enam pegawai pemeriksa kenderaan PUSPAKOM digantung tugas serta-merta kerana disyaki terbabit dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat secara tidak sah.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, menegaskan syarikat itu tidak akan bertolak ansur terhadap salah laku melibatkan integriti dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat bukti kesalahan.

“PUSPAKOM tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah rasuah. Siasatan dalaman juga sedang dijalankan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker