Dunia
Ronaldo Dijangka Kekal Pemain Bergaji Tertinggi Dunia, Raih RM2.3 Juta Sehari

Cristiano Ronaldo dijangka terus memegang gelaran pemain bola sepak bergaji tertinggi dunia dengan lanjutan kontraknya bersama Al-Nassr.
Kontrak baharu bintang Portugal berusia 39 tahun itu dilaporkan bernilai lebih RM923 juta untuk tempoh setahun. Ini bersamaan dengan RM2.3 juta sehari.
Ronaldo, yang menyertai Al-Nassr pada Januari 2023 selepas meninggalkan Manchester United, kini menikmati pendapatan tahunan RM901 juta selain tambahan RM269 juta daripada aktiviti luar padang.
Al-Nassr turut dikatakan menawarkan lima peratus kepentingan kelab sebagai ganjaran atas sumbangan besar Ronaldo, yang setakat ini telah menjaringkan 75 gol dalam 84 perlawanan.