Malaysia

Menteri: Sandwic ham di KK Mart tiada DNA babi

Sandwic ham and cheese yang mencetuskan kontroversi di KK Mart Januari lalu disahkan tidak mengandungi DNA babi, kata Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali.

Namun, syarikat pengeluar dan pengarahnya menghadapi 14 pertuduhan kerana menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

“Kami merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Januari, dan pendakwaan dibuat keesokan harinya,” katanya, menolak dakwaan kementeriannya lambat bertindak.

Kontroversi bermula selepas sekumpulan pelajar Universiti Malaya menerbitkan video meragui status halal sandwic tersebut.

Shake and Bake Cafe Sdn Bhd mendakwa ham ayam yang digunakan mempunyai sijil halal, tetapi pihak berkuasa mengesahkan syarikat itu tidak mempunyai kebenaran untuk menggunakan logo halal.

Shake and Bake Cafe serta pengarahnya, Ewe Sarn Yeun, kini dibicarakan atas dakwaan penyalahgunaan logo halal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker