Malaysia

MCMC siasat isu stesen radio Astro persenda agama Hindu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan isu melibatkan sebuah stesen radio Astro yang didakwa mempersenda agama lain.

Menterinya, Fahmi Fadzil memaklumkan, pihaknya menerima aduan berhubung tindakan tersebut dalam satu kandungan yang dimuat naik di media sosial pada pagi Selasa.

Ekoran itu, pihak Astro serta pengurusan stesen radio berkenaan akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh mengenai insiden tersebut.

Langkah ini diambil bagi memastikan tindakan sewajarnya dikenakan selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu, tular video yang dimuat naik oleh stesen radio Era FM yang mana kakitangannya bersorak dan menari seolah-olah mempersendakan upacara agama Hindu iaitu tarian Kavadi sewaktu Thaipusam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker